Program Malaysia Port Training Center (MyPTC)

Jabatan Laut Malaysia

Temubual melalui panggilan telefon bersama YBhg. Dato’ Rossid Musa (Timbalan Ketua Pengarah Laut) di Slot Selamat Pagi Malaysia pada 2 Ogos 2017 di TV1 (RTM) bagi mempromosikan program Malaysia Port Training Center (MyPTC).

Jabatan Laut Malaysia merupakan Agensi Peneraju untuk MyPTC yang dilaksanakan menurut inisiatif Strategi Kelautan Biru (NBOS) di bawah Key Performance Index (KPI) Dato’ Seri Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Pelaksanaan fasa pertama memberi fokus kepada Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) Persijilan Kemahiran Malaysia, di bawah Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) bagi sektor Port Security, Ship/Shore Interface – Mooring Personnel dan Cargo Handling Services. MyPTC merupakan projek berimpak tinggi pada kos yang minimal untuk menetapkan bekalan tenaga pekerja mahir pada tahap optimum selari dengan pembangunan sektor pelabuhan yang pesat.






Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *