7 Panduan asas Pelaut menyemak e-ticket

Asas Pelaut



 

Dizaman teknologi, urusan pembelian flight ticket hanyalah melalui email /panggilan melalui ticketing agency.
Panduan asas Pelaut menyemak e-ticket anda yang diberikan oleh crewing samada ada melalui email atau whatsapp.

Berikut adalah panduan asas untuk menyemak eticket anda.

1.Passanger Name
Pastikan nama tertera sama dengan didalam passport anda. Walaupun nama di dalam kad pengenalan anda berlainan, untuk penerbangan, kebiasaan nama yang tertera pada ticket hendaklah sama seperti didalam passport.Pastikan passport anda melebihi 6 bulan dan mempunyai lebih 5 mukasurat kosong untuk immigresen stamp.Namun jika anda perlu membuat work permit, pastikan passport anda melebihi 1 tahun dari tarikh tamat tempoh.




Contoh:
Peter Anak Joseph
Ahmad Zainuddin Bin Ali Zamani
Navinathan S/O Jeevanathan

2.Flight Number
Flight Number memudahkan anda untuk menyemak di balai ketibaan dan balai berlepas.

3.Depart (Waktu Berlepas)
Sila semak waktu berlepas untuk memudahkan anda merancang waktu ke lapangan terbang mengambil kira berikut.Crew digalakkan pergi lebih awal ke lapangan terbang 3 jam lebih awal dan check in samada di kiok atau mobile check in. Ini mengelakkan sebarang masalah seperti miss flight.

Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira untuk merancang waktu perjalanan.
-jarak dari rumah ke lapangan terbang
-pengangkutan yang sesuai di gunakan seperti kereta, grab car, ERL (train)
-waktu check in
-keadaan trafik semasa
-jarak gate untuk boarding jika menggunakan Air Asia.
-keadaan cuaca

 




4.Arrives (waktu ketibaan)
Anda boleh memaklumkan kepada agent atau staff yang bertugas waktu ketibaan. Ini memudahkan agent menyelaras pengangkutan untuk mengambil crew.Sekiranya flight delay, anda hendaklah memaklumkan kepada crewing anda dan agent. Komunikasi amatlah penting untuk menyelaras pengangkutan dan masa menunggu.

5.Baggage
Anda hendaklah menyemak berapa jumlah berat bagasi yang dibenarkan.Mengikut eticket diatas, flight dari KLIA ke Miri menggunakan Boeing 737 dan bagasi yang diberi adalah 30kg manakala untuk penerbangan domestik dari miri ke labuan hanya 20kg sahaja. Pilihan yang ada adalah menambah jumlah bagasi di kaunter atau mengurangkan berat bagasi anda.Bagasi tambahan yang di beli di kaunter adalah lebih mahal.Ini akan menyebabkan anda bermasalah dengan bagasi nanti.

6.e-ticket number
e-ticket untuk memudahkan anda check in sama ada di kaunter, di web, check in kiosk atau check in di mobile.




7.change airport
Sekirannya anda perlu bertukar airport dari KLIA – KLIA 2 / KLIA2 -KLIA, gunakan kemudahan train (ERL) yang mengambil masa 5 minit dengan bayaran Rm 2.00

Sekiranya anda miss flight, untuk penerbangan MAS, anda boleh terus ke kaunter untuk mendapatkan flight ticket yang baru.Tarikh dan masa tertakluk kepada kekosongan.Anda akan dikenakan penalti sebanyak Rm 100.00

Bagi penerbangan Air Asia, terpaksa membeli tiket yang baru.

Nota:

Bagi pelaut yang belayar di kapal luar negara, anda digalakkan untuk menyemak status anda di semakan status perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *