24 checklist yang pelaut perlu tahu semasa sign On

Asas Pelaut

Photo: http://according-to-e.blogspot.my/2015/01/

Berikut adalah 24 checklist yang pelaut perlu tahu semasa sign On Kapal.
Nota:
Checklist ini adalah sebagai panduan sahaja dan hendaklah disesuaikan mengikut kehendak pelaut sendiri.
1.Crew documentation

Berikut adalah term yang biasa digunakan seperti STCW, MLC 2006, Client Requirement, Flag requirement.
STCW 2010 Manila Amendment – Standards of Training, Certification and Watchkeeping
MLC 2006 – Maritime Labour Convenction
Client Requirement – setiap client mempunyai requirement mereka tersendiri
Flag requirement – Contoh Malaysia Flag

Contoh:
STCW
Basic Training
Proficiency in Survival Craft and Rescue Boats
Advanced Fire Fighting
Medical First Aid
Radar Navigation & Radar Plotting
Radar Operator
ARPA – Automatic Radar Plotting Aids
Electronic Navigation Aids
Leadership & Managerial Skill
ECDIS – Electronic Chart Display & Information System
Bridge Resource Management
ARPA Simulator
MC – Medical Care
Elementary First Aid

MLC 2006
SCMC (Shipboard Catering Management Course) untuk Cook

Client Requirement
Shell  – Shell Passport, TBosiet, Banksman, FRC, H2S, crane operator course
Petronas – OSP Card, Tbosiet, H2S, Permit to work, AEE Interview

Medical Marine / Offshore Medical
Pastikan Medical valid dan melebihi 6 bulan semasa sign on.

2.Passport
Semua crew diwajibkan mempunyai passport terutamanya untuk memasuki labuan, sabah dan sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963. Passport hendaklah valid lebih dari 6 bulan and mempunyai 5 mukasurat kosong untuk immigresen stamp.

3.Work Permit
Untuk bekerja di Labuan, Sabah dan Sarawak memerlukan work permit. Work Permit diuruskan oleh syarikat.

4.Visa
Bagi crew yang join kapal merchant, anda digalakkan untuk apply US visa. US Visa diperlukan sama ada crew transit atau join kapal di US port. Tanpa US Visa, connecting flight akan dilencongkan ke Amsterdam atau Panama.Ini akan memenatkan crew kerana terlalu banyak transit dan bertukar airline.

5.Flight Ticket (e-ticket)
Perkara yang perlu crew check adalah Baggage Allowance (30kg), Meal (sekiranya ada), Masa, Tarikh bagi mengelakkan crew terlepas flight. Untuk penerbangan luar negara crew digalakkan untuk pergi ke airport lebih awal iaitu 3 jam sebelum. 2 jam diperlukan untuk check in. Bagi domestik, crew digalakkan untuk pergi ke airport 2  1/2 jam awal mengambil kira perjalanan dan keadaan traffic. Sekiranya terlepas flight (MAS Airline), anda masih boleh menggunakan tiket tersebut tetapi dikenakan penalti Rm100.00.

6.Crew Email
Crew digalakn mempunyai email. Anda boleh mendaftar di Gmail, Outlook atau Yahoo.
Kebiasaan crewing akan menghantar SEA,flight ticket and itinerary melalui email. Rata-rata email mempunyai chat book seperti Hangouts (google), Skype (Outlook), yahoo messenger (yahoo).Semua apps ini membolehkan anda berhubung dengan crewing sekiranya ada masalah.Kebanyakan airport mempunyai free akses wifi.

7.Seafarer Employment Agreement (SEA)
Sebelum join kapal, crew digalakkan untuk meminta SEA dari crewing anda. Setelah crew membaca dan memahami SEA, sila sign dan emailkan semula ke crewing anda. Crew boleh sign menggunakan apps pdf wite on.
Semasa Osvis, SEA juga akan di check.

8. days onboard
Untuk kapal Petronas days onboard bagi workboat 60 hari, AHTS 90 hari, Repsol 90 hari, Shell 90 hari (+-120).
Bagi kapal merchant minimum 6 bulan dan akan drag ke 7-8 bulan sekiranya tiada pengganti atau next port jauh.
MLC 2006 max onboard adalah 11 bulan.

9.Sign on / Sign Off Article
Sign on / Sign Off Article (Mardep) juga penting sebagai bukti anda berada di kapal. Satu salinan di simpan di kapal dan satu salinan disimpan oleh crew.Apabila sign off, pihak mardep akan minta sign on dan Sign off article untuk crew mengemaskinikan seatime di dalam sistem SPDX. Bagi kapal berada di luar malaysia, Mardep akan check stamping di dalam passport crew.

10.PPE (Coverall / Safety boot / helmet / safety google)
Kebiasaan company offshore mempunyai branch. Jadi crew akan mengambil PPE di branch selepas crew brieifing, HSSE briefing dan AAE Interview. Jumlah PPE yang diberikan oleh branch ada tertulis di dalam SEA.

11.Hotel (Accommodation)
Kebiasaan nya crew akan sampai 2 hari lebih awal untuk formalities seperti company briefing, client briefing, AAE Interview, HSSE briefing. Sekiranya crew perlu attend / renew mana-mana client course seperti TBosiet, H2S, Banksman, DFA, Rigger Training, FRC atau undergo medical (Marine and Petronas), crew akan diminta pergi ke Branch lebih awal. Sepanjang course, crew akan tinggal di hotel yang berdekatan dengan training centre.

12.Transportation
Urusan transportation crew sama ada diuruskan oleh pihak company atau appointed 3rd party iaitu agent untuk menguruskan crew.

13.Bank Account
Setiap kali join kapal, sekiranya ada perubahan nombor akaun atau pertukaran nombor akaun, crew hendaklah memaklumkan kepada crewing untuk dikemaskini oleh payroll di dalam sistem. Sekiranya ada akaun kedua (home allotment),crew boleh submit ke crewing dan gaji crew akan dibahagikan mengikut percentage diminta oleh crew. Pastikan nombor akaun anda betul, mengelakkan gaji anda bermasalah. (sebaiknya disertakan scan nombor akaun).

14.Crew Details
Crew details hanya di isi sekali sahaja, jika ada pertukaran seperti alamat, contact hendaklah dimaklumkan kepada crewing.Ini kerana crewing akan mengatur flight ticket dari nearest airport yang anda pilih.

15.Next of Kin Details (NOK)
Crew Next of Kin Details hendaklah di update sekiranya ada perubahan NOK seperti crew yang dah berkahwin.
Ini penting untuk point of contact, sekiranya diperlukan untuk menghubungi keluarga yang terdekat.

16.Crew Insurance
Crew di atas kapal dilindungi oleh PNI Club. Untuk outpatience, ada company menggunakan seperti Allianz.

17.Meal Allowance
Meal Allowance diberikan kepada crew semasa berkursus. Sekiranya tempat kursus menyediakan makan minum breakfast, lunch, Hi Tea dan dinner seperti ALAM, meal allowance tidak disediakan.

18.Crew Declaration
Setiap on signer crew akan mengisi borang “crew declaration” seperti sepanjang tempoh 3 bulan tiada sebarang planning, sekiranya ada apa apa concern, hendaklah ditulis dia atas borang tersebut seperti “isteri akan bersalin”. Ini akan memudahkan crewing mengatur planning dan reliever join kapal mengikut plan.

19.Client Briefing
Setiap kali join kapal, crew akan dibawa untuk safety briefing dengan client seperti Shell, Petronas atau Repsol.

20.Company Briefing
Semua crew diwajibkan untuk Company briefing, AAE Interview, HSSE briefing.

21.Company Branch
Untuk kapal offshore, kebiasaan company offshore mempunyai branch di Kemaman, Labuan dan Miri untuk menguruskan company briefing, client briefing, AAE Interview, HSSE briefing

22.DNA Test
Drug & Alcohol Test diwajibkan sebelum join kapal. Validity untuk D & A Test adalah setahun.
Kebiasaan seperti di Labuan, client akan membuat random D & A test.
Tiada compromi dengan crew yang didapati positif D&A.

23.Credit Card / Wang Tunai
Credit Card / Wang Tunai perlu dibawa oleh crew sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalananan dari rumah sehingga selamat sampai di kapal.Simpan resit pembayaran sebagai bukti dan boleh claim dengan pihak syarikat.

24.Pakaian
Secara peribadi, pakaian tidak perlu dibawa dalam kuantiti yang banyak kerana apabila sampai di negara orang, rata-rata crew akan pergi membeli belah semasa shore leave.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *