10 tips “mencerahkan” peluang Pelaut untuk mendapatkan jawatan kosong yang di iklankan

Asas Pelaut



Pertengahan 2015, rata-rata mulai merasai Offshore bakal dilanda krisis penurunan harga minyak kerana lambakan minyak mentah dan “krisis 10 years Cycle”. Awal 2016, banyak mulai kapal lay up sama ada di Kemaman, Johor, Labuan atau Brunei Bay..2016 banyak company mulai tutup, bahang mula terasa di offshore akibat penurunan harga minyak. Ada beberapa company bankrupt kerana tidak mampu membayar monthly installment kapal mereka. Pihak bank mengambil langkah berjaga – jaga dalam memberikan pinjaman baru dan membekukan sebarang pinjaman dari sector Oil and Gas kepada pelaut sehingganya viral email dari salah sebuah institusi kewangan.




Ada yang kapal offhire masih mempunyai full set crew seperti safe manning dengan harapan akan memperolehi “spot charter job”.Secara logiknya bila kapal banyak lay up dan tiada job, kadar “pengangguran” dikalangan pelaut juga meningkat.Peluang untuk bekerja di atas kapal juga kurang dan banyak persaingan. Perlaksanaan STCW 2010 (Manila Amendment) juga memberikan kesan yang amat ketara kepada semua pelaut.

Jadi apakah persediaan anda terutamanya kepada pelaut yang telah memperbaharui sijil dan lesen (COC) mencari kerja kosong ?

Berikut adalah 10 tips “mencerahkan” peluang anda untuk mendapatkan jawatan kosong yang di iklankan.

  1. Sentiasa memastikan CV dikemaskini (Updated CV) dan bersedia untuk di hantar

Setiap kali sign off, pelaut digalakkan untuk kemaskini CV mereka.Sekiranya ada peluang pekerjaan di syarikat lain atau kapal di luar Malaysia, anda akan menjadi antara pelaut terawal menghantar updated CV yang telah tersedia.Setiap kali kerja kosong di post sama ada di Facebook, Linkedin, Blog – tidak terkecuali pelaut lain akan mencuba nasib mereka juga.

Sila klik dan download Blank CV

  1. Dokumen dan medical pelaut di “scan”,resolution yang elok dan jelas

Ini adalah perkara asas yang selalu diabaikan oleh pelaut. Setiap kali crewing meminta scan sijil atau medical, alasan yang biasa kita dengar adalah tiada kemudahan scanner atau rumah jauh dari Cyber Café. Tahukah anda, alternatif lain ada perisian percuma di google store seperti Cam Scanner dan Office Lens.

Untuk artikel Camscanner, sila klik di sini.

Untuk artikel Office Lens, sila klik di sini.

Dua perisian ini sangat membantu ketika kecemasan untuk menghantar report, sijil, keputusan Medical ke pihak crewing.




  1. Menggunakan email nama peribadi bagi tujuan mencari kerja

Pelaut di sarankan untuk menggunakan nama anda bagi tujuan memohon kerja.Ini akan membantu kredibiliti anda dan menunjukkan kesungguhan anda mencari kerja.Nama-nama yang agak pelik akan menyebabkan email anda secara automatik dimasukkan ke dalam “spam” atau trash oleh server syarikat.

Contoh:

abangsayangima@gmail.com
pendekarlaut@gmail.com
abgsado@gmail.com

  1. Subjek email yang simple dan mudah untuk dicari

Subjek email sangat penting. Ini memastikan email anda mudah di cari didalam puluhan atau ribuan email. Apabila email di “sorting” mengikut subjek, kata kunci seperti Master, Chief Officer, Chief Engineer akan di taip di “search button” dan kata kunci tersebut akan di highlight dengan warna kuning.

Contoh:
Application for Chief Officer
Application for Master
Application for Chief Engineer

  1. Jangan re-forward email yang ada hantar ke company lain bagi menjimatkan masa anda

Jangan sesekali anda re-forward email yang telah anda hantar ke syarikat lain dan reforward semula ke mana mana syarikat. Kami pernah menerima hampir 10 kali email tersebut di re-forward ke semua syarikat oil and Gas dan Syarikat perkapalan. Luangkan masa dan delete email tersebut dan send semula. Biarlah nampak professional.




  1. Jangan minta “PM” Private Message untuk jawatan yang diiklankan

Kebanyakkan iklan kerja yang kongsikan di dalam facebook atau blog di ambil dari facebook / whatsapp atau dihantar melalui email. Ini bermaksud jawatan kosong tersebut di kongsikan merupakan sumber kedua atau ketiga. Jadi, apa yang perlu anda buat ialah menghubungi atau menghantar email ke syarikat berkenaan melalui alamat / email yang diberikan. Tiada siapa akan membalas PM anda.

  1. Jangan menggunakan bahasa We Chat dalam bila memohon kerja

Bila anda memohon kerja elakkan menggunakan bahasa singkatan. Ini akan menimbulkan salah faham maksud email tersebut atau si penerima tidak memahami kandungan email yang anda hantar. Recruiter menerima puluhan atau ribuan email setiap hari dari pelbagai bangsa dan negara. Dunia internet tanpa sempadan memudahkan mana mana pelaut untuk memohon kerja di mana-mana syarikat Oil and Gas dan Perkapalan.

  1. Sentiasa “alert” dengan kerja kosong yang di kongsikan di Facebook, Linkedin, blog

Mana – mana blog atau facebook yang anda follow, anda boleh memilih “see first” supaya setiap kali ada kerja kosong di iklankan, anda antra yang pertama mendapat info berkenaan.

Untuk blog, anda boleh memilih untuk “subscribe” email anda ke blog berkenaan. Ini memastikan anda setiap anda yang pertama mendapat kemaskini atau artikel yang dipost.CV yang telah dikemaskini boleh dihantar dengan segera bagi memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian dengan anda. Jawatan kosong tidak mengira waktu atau masa, sekiranya ada jawatan kosong yang perlu di isi terutamanya melibatkan kecemasan (emergency sign off) pelaut di kapal, “kapal reactivate dari lay up” atau “crew documentation not comply”

  1. Bersedia untuk “join” kapal bila anda dipanggil interview.

Apabila anda telah menghantar updated CV, pihak recruitment dan crewing akan membuat penilaian.Mereka beranggapan anda telah bersedia untuk “join kapal” seperti tarikh yang mereka update di iklan.Mereka akan mengaturkan sessi interview dengan Operation Dept. Kebiasaannya anda akan dimaklumkan dengan gaji dan tarikh reporting. Ini akan memudahkan anda menyiapkan segala peralatan, pakaian dan dokumen yang diperlukan untuk “sign On”. Pihak crewing akan memberikan anda itinerary, flight ticket, contact Person dan SEA (Seafarer Employment Agreement).

  1. Jangan memilih kapal (Preferential ship).

Memilih kapal adalah perkara yang biasa di kalangan pelaut. Ada yang memberitahu hanya akan “join” kapal yang jalan sahaja, tak pernah naik kapal lain selain AHTS, tak nak naik workboat / FCB / Tugboat selain dari AHTS. Perlu diingatkan, zaman mewah offshore “terhenti” dalam setahun dua ini. Untuk pulih ke keadaan asal (Zaman kemewahan offshore), memerlukan masa yang lama. Jadi tanyalah diri sendiri.

Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu pelaut memohon kerja.

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebagai pelaut dan crewing serta pemerhatian.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *