19 Tips untuk pelaut kekal sihat di kapal, motivated, kurang stress dan sentiasa bersemangat

Asas Pelaut



 

Bekerja sebagai pelaut memerlukan kesabaran yang tinggi, berjauhan dengan keluarga,terlepas aktiviti sosial atau musim perayaan.Bekerja di atas kapal dagang memerlukan pelaut bekerja selama 6 bulan atau lebih manakala di kapal offshore kebiasaannya 3 bulan sahaja. Untuk kapal offshore bergantung kepada permintaan “charterer”.Bagaimana pelaut kekal sihat di kapal, motivated, kurang stress dan sentiasa bersemangat mengharungi hari – hari di kapal?

Berikut adalah 19 tips untuk pelaut kekal sihat di kapal, motivated, kurang stress dan sentiasa bersemangat :
1.Bersenam
Selain daripada certificate yang lengkap, COC dan tahap kesihatan juga harus diambil berat oleh pelaut.Aktiviti senaman amatlah penting di kapal.ini akan membantu mengekalkan BMI pelaut dan mengurangkan risiko penyakit.Umum mengetahui, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda di kategorikan sebagai “unfit to sail” atau A- (lulus bersyarat seperti valid 1 bulan atau 6 bulan).

2.Membaca buku
Semasa bertugas sebagai AO di atas kapal MISC Berhad, penulis juga membawa banyak buku bacaan dan buku rujukan seperti Ingredient bagi memudahkan untuk membuat “provision stock”. Ini kerana kontrak di atas kapal dagang adalah minimum 6 bulan dan mungkin akan ‘extend’ 7-8 bulan jika tiada pengganti atau next port jauh.

3.Karaoke
Ini adalah aktiviti biasa pelaut di hujung minggu. Semua berkumpul dan bersama sama menyanyi.Kebiasaanya hari ahad sajian di kapal lebih istimewa dari hari-hari yang lain.Selesai makan tengahari, crew akan berkumpul dan berkaraoke di Mess Room. Officer room selalu digunakan untuk bermain game. Penulis pernah bermain counter strike dari bilik ke bilik menggunakan router.

4.Bermain permainan seperti PS4/Xbox
Untuk kapal dagang kebiasaan ada menyediakan PS4 atau XBox sebagai sebahagian keperluan di atas kapal. Penulis pernah mengadakan liga FIFA PS4 di kapal.

5.Aktiviti riadah (bermain futsal)
Walaupun mempunyai ruang yang agak terhad, penulis merasai sendiri pengalaman bermain futsal ‘3 on 3’ di atas kapal bunga Melati 5 dan bunga Begonia semasa dalam perjalanan dari singapore ke Panama mengambil masa 45-50 hari. Walaupun jaring dipasang, banyak juga bola futsal jatuh ke laut. Bagi pelaut yang bertugas di atas kapal seperti PSV / Crewboat / AHTS, tiada masalah kerana mempunyai ruang yang luas sekiranya tiada kargo diatas dek.




6.Aktiviti bersama (menonton video) / dokumentari
Aktiviti riadah yang biasa dilakukan adalah menonton video atau dokumentari beramai – ramai melalui projector atau tv. Antara siaran yang di minati ketika itu ialah Running Man, Lost, Prison Break, Arrow.

7.Mendengar muzik
Mendengar muzik lebih kepada aktiviti bersendirian dan memerlukan ketenangan.

8.Membuat jurnal / catatan pengalaman
Pasti ramai pelaut mempunyai blog sendiri bagi menyimpan kenangan, gambar, peristiwa, dan catatan perjalanan. Penulis juga tidak terkecuali. Segala pengalaman dan catatan perjalanan di luahkan di dalam blog.

9.Berhubung dengan keluarge menggunakan whatsapp / video call (skype)
Sekarang kebanyakkan kapal dagang mempunyai internet di kapal menggunakan fleet broadband atau Inmarsat walaupun agak terhad. Jika di port, ramai ship chandler atau agent menawarkan internet di sewa atau sim kad internet. Ramai sahabat pelaut tag location di lautan hindi, lautan pasific dan hampir setiap port yang mereka masuk. Kemudahan internet ini memudahkan pelaut berkomunikasi dengan ahli keluarga. Hampir setiap hari aplikasi whatsapp digunakan sepenuhnya untuk berhubung. Bagi kapal offshore, mungkin tiada masalah kerana setiap minggu akan keluar masuk ke supply base sama ada menghantar barang, “top up provision” dan “top up fresh water”. Namun, diharap pelaut tidak menyalahguna kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat.

10.Socialise (bergaul dengan pelaut dari pelbagai bangsa dan keturunan)
Di kapal pelaut terdiri pelbagai bangsa, agama dan dari negara yang berbeza. Hubungan yang baik dikalangan pelaut sentiasa ada di mana mana.




11.Mengamalkan pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat sangat penting di kapal. Ini akan membantu ada mengekalkan tahap kecergasan dan menjauhi sebarang penyakit. Kita sedia maklum dengan “Vitualling” sebanyak USD 12-15 sehari untuk seorang pelaut agak banyak sebenarnya. Kebiasaan pembelian senarai bahan mentah, sayur , daging, ayam, ikan dan makanan dalam tin akan dimasukkan dalam minit meeting setiap minggu dikapal.Semua pelaut akan memberikan pandangan. Makanan sihat,sedap dan kuantiti yang mencukupi adalah salah satu keperluan dan mengembirakan pelaut setelah seharian bekerja keras.

12.Aktitivi keagamaan / meditasi
Aktiviti keagamaan antara aktiviti yang selalu di adakan di kapal. Untuk meditasi / merehat fikiran, pelaut boleh membawa cd / video mediatasi.Ini dapat menenangkan fikiran.

13. Hobi (seperti mengambil video / gambar)
Ini adalah aktiviti kesukaan, dengan membawa go pro, kamera atau menggunakan smartphone yang mempunyai kualiti / resolution yang cantik untuk aktiviti photografi. Video bekerja sambil melancong pasti diabadikan oleh pelaut. Penulis juga merakamkan photografi seperti suasana di waktu senja diUruguay, waktu hujan di laut, video sekumpulan ikan paus di Madagascar, video dolphin, video anjing laut di Bahia Blanca Argentina, Sambutan perayaan di Sao Paolo Brazil.

14.Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau keselamatan
Amatlah penting buat semua pelaut mematuhi peraturan dan keselamatan yang telah ditetapkan terutama ketiak moonson, cuaca buruk, melintasi “piracy area”, “watchkeeping”, ISPS di port, ketika bekerja. Penulis percaya segala peraturan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pelaut, melindungi pelaut serta aset syarikat iaitu kapal. Sebarang kecuaian, akan mengakibatkan kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku. “short cut” dalam melakukan kerja sangatlah dilarang.

15. BBQ
Untuk kapal dagang seperti LNG, Product tanker, Chemical tanker, aktiviti BBQ tidak dibenarkan sama sekali kerana muatan yang dibawa. Bagi kapal offshore, ini adalah perkara biasa setiap minggu atau bila habis sesuatu job / contract bagi meraikannya.




16.Shore leave
Shore leave di kapal offshore terutamanya di labuan tidak menjadi masalah dan tambang bagi boat juga murah. Untuk di kemaman, tambang boat agak mahal dari anchorage area ke Kemaman jetty atau kemaman supply base.
Bagi kapal dagang, “shore leave” adalah perkara yang dinanti-nantikan walaupun hanya dibenarkan selama 6 jam sahaja. Kebiasaan seminggu sebelum sampai ke port, AO akan menghantar email kepada finance dept untuk meminta “cash advance” dan akan ditolak dari gaji bulanan crew. Bagi penulis, hampir kesemua port dalam “route” pergi shore leave seperti Singapore, New Orlean, New York, Houston, Quincy, Bahia Blanca, Rosario, Illigan, Roxas, Zhangjiagang, Qingdao.

17.Memancing
Di dalam kawasan “port” tidak dibenarkan untuk memancing. Namun ketika kapal berlabuh di “Anchorage atau “Off Port Limit”, krew akan mengambil peluang untuk memancing. Penulis pernah memancing di Sao Paolo Brazil bersama crew yang lain.Kami mendapat tangkapan yang lumayan seperti 4 ekor kerapu seberat 6 kilo, ikan banyak dan pari berbelas belas ekor.

18.Gym / Ping Pong
Diatas kapal ada disediakan peralatan Gym untuk pelaut. Penulis kurang pasti sama ada ruang yang mencukupi untuk kemudahan gym di kapal offshore.Untuk kapal dagang sepert MISC, kemudahan gym yang lengkap disediakan.Hampir setiap petang ramai crew menggunakan peralatan gym, ada yang bermain futsal dan bermain ping pong.

19. Aktiviti – sambutan hari perayaan, harijadi, open dinner
Penulis semasa bertugas di kapal pernah mengadakan sambutan hari jadi setiap bulan. Kek disediakan oleh Cook, steward, AO dengan bantuan crew yang lain. Sambutan hari raya, krismas disambut secara sederhana dan meriah di kapal. Dekorasi dibuat sepenuhnya oleh crew kapal. Semasa open dinner, aktiviti karaoke disediakan.

Nota:
Catatan ini berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan tugas seharian sebagai crewing.Setiap pelaut mungkin mempunyai cara lain bagi melengkapkan waktu bekerja mereka di kapal.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *