11 Perkara yang anda perlu faham sekiranya ingin menjadi pelaut

Asas Pelaut
Photo: http://worldmaritimenews.com/archives/tag/seafarer/



 

 

Pelaut / Seafarers ? apa benda tu?

Hampir 90% barangan yang kita gunakan seharian dibawa oleh kapal. Oleh sebab itu, anda patut berterima kasih kepada pelaut.

Ramai yang tahu kerjaya sebagai pelaut kerana keluarga mereka ramai menjadi pelaut, mewarisi kerjaya pelaut, kerjaya pelaut menjanjikan gaji yang lumayan,jiran atau ramai pemuda di kampung menjadi pelaut. Ada yang mengambarkan “laki dia balik offshore jer semua barang beli cash. Bercuti sakan, bergaji besar”.

Kini, kerjaya sebagai pelaut bukan hanya melibatkan lelaki sahaja, malahan ramai kaum wanita menjadi pelaut samada ada di kapal dagang atau kapal offshore (pesisir pantai) dan di Rig.




kita mungkin melihat kapal berlabuh di dermaga seperti di bintulu, Miri, Kemaman, Labuan dan Johor. Melihat pelaut memakai “coverall” nampak kemas dan cantik. Suatu ketika dulu, ada seorang kawan berkata “jalan jer kat bandar pakai coverall, pasti dapat mengorat awek”. Mungkin ramai yang menyimpan cita-cita untuk menjadi pelaut.

Tidak di nafikan kerjaya pelaut menjanjikan gaji yang lumayan. Namun bermula 2016-2017, industri offshore, rig dan perkapalan agak merundum kerana kejatuhan harga minyak.Kapal banyak offhire, lay up terutamanya di johor, kemaman dan labuan. Namun begitu, ini seperti di ramalkan kerana setiap 10 tahun, pasti akan permasalahan begini.

Walaupun begitu, industri pelaut Malaysia masih mempunyai supply dan demand. Diharap polisi Cabotage mampu membantu pelaut.

Ramai lepasan SPM berminat dan ingin menjadi pelaut.
Tetapi di sebalik coverall itu, tahukah anda apa yang mereka tempuhi sebagai pelaut?




Berikut adalah sedikit gambaran buat pelaut:

1.Dokumen yang banyak dan agak mahal

Bermula 01 Jan 2017, pelaut mulai merasai beban untuk memperbaharui sijil dan dokumen mereka.Melihat trend sekarang, dijangkakan 5 tahun akan datang juga ada sijil sijil baru perlu pelaut ada mengikut perkembangan semasa. Harga kursus, penginapan, makanan dan pengangkutan boleh mencecah ribuan riggit bagi “Rating” dan puluhan ribu bagi pegawai.

Permintaan saat akhir dari pelaut yang memperbaharui COC / ASE / ASD / COC ETO telah menyebabkan Pejabat Laut mengambil masa yang lama memproses lesen mereka. Kesudahannya, pelaut terpaksa tidak dapat bertugas dia kapal dan menunggu. Ini sudah pasti sedikit sebanyak akan menganggu pengurusan kewangan keluarga mereka serta komitmen bulanan.

Selepas ini setiap 5 tahun memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menjadi pelaut. Pengurusan kewangan pelaut amatlah penting bagi mengelakkan memperbaharui sijil dan medical mereka pada saat akhir.

2.Medical “Fit to Work”

Tahap kesihatan juga penting buat pelaut. Dengan “Vitualling” sehingga USD 12-15 bagi setiap pelaut sehari, jumlah ini mencukupi untuk pelaut. Penyediaan makanan dan menu di kapal berdasarkan kiraan “Victualling” ini. Pelbagai makanan yang menyelerakan dan sedap dikapal. Namun, harus diingat, tahap kesihatan harus di jaga dengan melakukan senaman. Medical adalah requirement oleh Flag (bendera kapal didaftarkan) dan charterer.

Pelaut yang sihat akan mendapat medical result “fit to work” atau sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan akan diberikan medical result selama 1 tahun atau 6 bulan.

Marine Medical dan Medical Petronas hanya valid selama 2 tahun sahaja. Dahulu Marine Medical valid selama 5 tahun.

Contohnya :
Kapal bendera Malaysia dan charterer Petronas. Jadi anda perlu ada Marine Medical dan Petronas Medical (MPM / PMU)

3.Duration onboard (tempoh bekerja di atas kapal)

Tempoh bekerja di atas kapal kebiasaanya bergantung kepada jenis kapal. Contohnya jika anda bertugas di atas kapal dagang seperti Tanker, Bulk Carrier, Product Tanker, LNG, Chemical Tanker minimum 6 bulan di kapal.

Jika ada bekerja di kapal offshore seperti AHTS, PSV, Workboat, LCT, Crewboat minimum 3 bulan di kapal tetapi bergantung kepada permintaan Charterer.Ada yang meminta hanya 2 bulan di kapal.

4.Jenis Kapal 

Kapal dagang seperti Tanker, Bulk Carrier, Product Tanker, LNG, Chemical Tanker, LPG, Container.
Kapal offshore seperti AHTS, PSV, Workboat, LCT, crewboat, Fast Crew Boat, Seismic Vessel, Soil Boring Vessel, Tugboat, Mooring Boat, Bunker barge, Work Barge.

Nota: Kapal non propeller seperti FPSO, Barge tidak mempunyai seatime dan untuk kenaikan pangkat akan menjadi masalah. Klik di sini untuk artikel penuh dari Tuan Hazrool.




5.Waktu bercuti

Untuk kapal dagang kebiasaannya bekerja selama min 6 bulan dan bercuti 2-3 bulan.
Untuk kapal Offshore, bergantung kepada contract. Bekerja 3 bulan bercuti 1-2 bulan mengikut rotation.
Ada yang back to back, rotation dan pool. kadang-kadang waktu cuti pelaut digunakan untuk memperbaharui kursus-kursus atau sijil, passport, seaman card, medical yang hampir expired.

Kadang-kadang semasa bercuti pelaut akan di panggil untuk “join kapal” kerana ada masalah seperti emergency, crew tidak tahan dan nak balik juga walaupun baru join kapal, sijil crew tidak memenuhi kehendak charterer, sijil / medical crew expired onboard dan crew “jump ship” – melarikan diri dari bertugas.

Bagi kapal reactivate dari lay up sama ada spot charter atau 3-6 bulan job, pelaut akan dipanggil seminggu atau 3 hari lebih awal. Jadi sentiasa pastikan Medical valid, certificate valid dan barangan anda standby selalu. 

Kepada mana-mana crew dalam pool dan back to back crew (mutual agreement), anda hendaklah berpegang kepada janji dan join kapal mengikut masa yang ditetapkan. Ini mengelakkan crew yang berada diatas kapal “overdue” dan “observation” dari charterer. Keharmonian di kapal amatlah penting.

6.Waktu sosial terhad 

Bila bertugas dikapal, waktu anda melepak bersama kawan-kawan, keluarga, kekasih secara automatik akan berkurangan. Namun dengan adanya internet di kapal memudahkan komunikasi melalui whatsapp atau video (bergantung kepada speed internet).

Ketinggalan Waktu keramaian (tahun baru, hari raya, Hari Gawai, Tahun Baru Cina, Thaipusam,Pesta Keamatan)

Bila bertugas dikapal juga anda akan terlepas banyak tarikh penting atau waktu keramaian seperti Tahun Baru, Thaipusam, Hari Raya, Hari Gawai, Hari Krismas, Tahun Baru Cina, Pesta Keamataan. Jika ada berpeluang untuk meraikanya, itu adalah peluang yang tak terduga.

7.Berjauhan dari keluarga / isteri / anak / kekasih

Ini adalah salah satu dugaan yang terbesar apabila berjauhan dari keluarga, isteri, anak atau kekasih. Apabila melibatkan kaum keluarga kurang sihat, anda hanya mampu memberikan nasihat dan minta ahli keluarga yang lain membantu membawa ke klinik atau hospital.Jika melibatkan kekasih, masa yang agak lama juga mampu merubah seseorang.

Lebih – lebih lagi bila kapal dalam pelayaran yang jauh seperti Singapore – Panama yang mengambil masa 45-50 hari atau kapal berada di location (berdekatan dengan rig). Ini menyebabkan anda tidak boleh sign off dari kapal.




8.Perjalanan Sign on dan sign off yang memenatkan

Tidak dinafikan perjalanan untuk sign on atau sign off bagi kapal di Malaysia mengambil masa sehingga sehari bergantung kepada jarak perjalanan. Ini mengambil kira jarak perjalanan dari rumah ke bandar, dari bandar ke airport, penerbangan, dari airport ke hotel.

Bagi pelaut yang sign on atau sign off ke kapal di luar malaysia contohnya Nigeria, Ghana, Venezuela, Brazil, Port Of Spain, gabon – mereka mengambil masa sehingga 1 1/2 – 2 hari setengah untuk sampai. Ini memerlukan mereka terus pergi ke airport setelah mendapat visa kerana tempoh yang diberikan ada 72 jam. Ini tidak termasuk masa menunggu di airport dan jet lag.

Pelaut perlu pergi ke airport lebih awal seperti – Domestik 3 jam sebelum dan Antarabangsa 4 jam sebelum. Ini mengambil kira keadaan trafik di jalanraya, check in luggage, berbaris yang panjang, kaunter check in kurang, mesin check bermasalah dan mengelakkan sebarang permasalahan terjadi. Bila anda “miss flight”, lagi banyak masalah akan berlaku bukan sahaja akan dikenakan penalti oleh syarikat penerbangan tetapi akan akan tersangkut di airport. Elakkan “Miss Flight”.

9.Mabuk Laut  

Mabuk laut adalah perkara biasa. Walaupun bagi pelaut lama, mereka juga akan merasai pengalaman mabuk laut.
Penulis sendiri merasai bagaimana peritnya mabuk laut semasa bertugas di atas kapal MISC Berhad. Mabuk laut selama seminggu dan muntah hijau semasa dalam perjalanan di Pacifik Ocean dan Indian Ocean. Sampai pada satu tahap baldi terpaksa dibawa kerana asyik muntah. Namun, pelaut disarankan untuk tidak mengambil sea sick pil kerana ini adalah perkara biasa dan anda harus menyesuaikan diri.

10.Sukar tidur 

Kesukaran tidur juga perkara biasa apabila kapal “rolling dan pitching”.  Oleh sebab itu, kebiasaannya pegawai Dek akan memaklumkan pada semua anak kapal untuk “secure” barang barang jika berhadapan dengan cuaca kurang baik atau taufan. barang – barang di bilik juga akan disimpan dan diikat kemas. Jika tidak, anda hanya mampu melihat barang – barang ada jatuh bertaburan di lantai. Begitu juga semasa makan, pengalaman merasai rolling dan pitching adalah sesuatu yang sukar dilupakan apabila makan sambil berpaut pada handrail dan menyelamatkan makanan yang dihidangkan.

11.Income Tax

Pelaut yang bertugas di atas kapal offshore dikenakan cukai.

Pelaut yang bertugas di atas kapal dagang dikecualikan membayar cukai seperti Tanker, Bulk Carrier, Product Tanker, LNG, Chemical Tanker, LPG, Container kerana pelayaran kapal di “open sea”.

Untuk pencerahan dari Tuan Hazroll dan Tuan Ahmad Badri berkenaan cukai pelaut:

  1. sedarkah-kita-pelaut-tentang-pencukaian 
  2. Cukai pendapatan untuk pelaut

Klik di untuk Layanan Cukai Ke Atas Kapal Malaysia. Ketetapan Umum No. 10/2012 dari LHDN.




Nota:
Panduan layanan cukai ini adalah untuk pelaut Malaysia sahaja.

Apa pun, jika semua ini tidak akan menjadi penghalang untuk anda merasai sendiri pengalaman menjadi pelaut.

Akhirnya artikel ini berjaya disiapkan.

“11 Perkara yang anda perlu faham sekiranya ingin menjadi pelaut” ditulis berdasarkan pengalaman sebagai pelaut dan sepanjang bertugas sebagai crewing.

Kepada pelaut, semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Nantikan artikel ” apa yang best kerjaya sebagai pelaut” dan ” kenapa ramai pelaut berhenti menjadi pelaut”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *