10 checklist yang perlu pelaut tahu semasa sign off

Asas Pelaut

Berikut adalah 10 checklist yang perlu pelaut tahu semasa sign off :

1.Flight Ticket
Crewing akan menghantar email ke kapal “repatriation info” .Semak dan pastikan flight ticket anda betul – tarikh, route, waktu, baggage allowance, connecting flight, hotel (jika perlu)
Untuk Domestic flight pesawat kecil  – baggage allowance 20kg
Untuk Domestic flight Boeing – baggage allowance 30kg
Air Asia – baggage allowance 20kg tetapi boleh di upgrade ke 30kg

2.Accommodation (Hotel)
Penginapan crew akan diuruskan oleh crewing sama ada melalui agent atau melalui appointed hotel berdasarkan connecting flight.

3. Transportation
Transportation crew diuruskan oleh hotel, agent atau person incharge di branch.Kebiasaannya crew akan diberikan masa dan tarikh untuk berkumpul, kemudian dibawa dari hotel ke Airport.

4.Sign off Article  
Jika sign on Article crew telah terima, begitu juga semasa sign off ada sign off Article.Bawa Sign On / sign Off article ke Jabatan laut bersama passport dan seaman book untuk mengesahakan seatime di sistem jabatan laut.

5.Seaman book 
Pastikan seaman anda sign and stamp oleh Capt di kapal.Untuk mendapat kelayakan seaman fare (baggage 40kg) – Passport dan seaman book diperlukan sebagai bukti.

6.Appraisal 
Crew yang sign off dari dari kapal digalakan untuk meminta appraisal. Appraisal diperlukan untuk kenaikan pangkat sebagai supporting document.

7.Check validity document client requirement  
Semasa cuti, crew hendaklah menyenaraikan kursus yang hampir expired , OSP card yang hampir expired atau Shell Passport yang hampir penuh. Crew digalakkan untuk membuat checklist di dalam excel tarikh issue dan validity. Checklist tersebut boleh ditampal di file untuk memudahkan monitor validity certificate.

8.Check validity Medical Marine dan Medical Offshore
Marine Medical kurang dari 6 bulan, digalakan untuk membuat medical yang baru. Ini untuk memudahkan urusan sign on dan renew seaman card anda.Begitu juga dengan Medical Offshore.

9.Attend kursus semasa bercuti
Kebiasaannya crewing akan mengumpulkan senarai nama dan menghantar crew untuk renew kursus di training centre yang telah ditetapkan.
Nota: Artikel ini untuk mengikut pandangan penulis dan hendaklah disesuaikan dengan pelaut sendiri.

10. Update CV
Setiap kali sign off dari kapal, pelaut digalakkan update cv anda terutamanya Top 4, ETO dan Medic.Ini adalah pihak crewing akan minta updated CV bila diperlukan.
Untuk rating dan catering dept, anda update cv untuk memudahkan mengemaskinikan seatime dan update certificate & Medical.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *